Assalamualaikum and Good Day =)
It has been a while since my last time of writing and we are now in the mid of December..meaning another two weeks to 2012..yeyeh!! I'm pretty sure most of us by right sedang sibuk mengimbas kembali kenangan yg sudah berlaku sepanjang 2011..
we shall begin yeah =)
teringat kata-kata seorang rakan:
" seseorang yang inginkan rakan / kawan yg sempurna, akan hidup keseorangan "
bila difikirkan semula, there is a little truth behind the statement which leads to the fact that nobody is perfect. So by knowing the cliche fact, we should expect to have friends who are keeping on making mistakes and have a very high tendency to disappoint us..okies!!
sabda Rasulullah s.a.w :
"Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengankat darjat ketinggian. Mereka menjawab: " Bahkan ya Rasulullah." Rasulullah bersabda: " Kamu BERLEMAH LEMBUT terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, MEMAAFKAN orang yang menzalimi kamu, MEMBERI kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu MENGHUBUNGKAN SILATURAHIM dengan orang yang memutuskan silaturahim dengan kamu." (Hadis riwayat at Tabarani dan al Bazzar).
hadis ini secara jelasnya menggariskan beberapa perkara yang akan Allah muliakan darjat seseorang hambanya sekiranya ada pada diri hambanya. Yang menjadi pertikaian atau persoalan pucuk penulisan kali ini ialah ciri memaafkan dan menghubungkan silaturahim. Saya kira ramai diantara kita yang memandang ringan akan perkara ini. Bukankah, saling bermaafan merupakan nilai yang sepatutnya smulajadi ada di dalam diri kita. Iyaiyalah, orang selalu berkata :
" Sedangkan Nabi ampunkan umat."
dan selalu juga yang menjawab:
" Itu Nabi, bukan kita.."
tetapi sy kira jawapan tersebut bukan jawapan yg tepat. seharusnya kita mengambil iktibar dan menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam melengkapkan akhlak kita?? baiklah ayuh kita mengambil contoh mudah..sy kira ramai antara kita yg pernah mengetahui akan kisah dakwah Nabi Muhammad di bandar Thaif. Despite of being hurt, dilempar batu..dicaci..dihina tetapi Nabi Muhammad masih cool jah..even malaikat telah memberikan tawaran utk mengangkat bukit-bukit yg ada lalu dihempapkan kepada penduduk bandar tersebut tetapi respon Nabi Muhammad begitu mudah.
"Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"
respon nabi begitu mudah, bukannya membalas dengan kekerasan tetapi masih mendoakn kemaslahatan penduduk thaif..so bagaimanakah kita? ditahap manakah kita? sy kira situasi berikut kerap berlaku :
situasi 1:
rakan kita lambat datang ke suatu tempat / plan yg telah dirancang..even lewat 5 minit:
A: ko pehal lewat?? ko tau x aku dah lame tggu kat sni...ko ni mmg xpandai hargai masa btullah..habis smua plan rosak..
B: yg ko datang awal sgt pehal?? pandai2 lah bajet masa tu..ni tidak plan awal gila pg..pastu bgtau pon malam semalam..
Situasi 2:
kehilangan barang:
A: ko nmpk x pen kilometriko aku?? aku baru beli smlm?? ko jgn nak amek plak ye..aku tau r ko ske amek barang aku.baik pulangkan..
B: ko pehal nk tuduh2 aku plak..harap je kawan tp nak tuduh2 plak..ko yg letak sepah2..
situasi 3:
makanan..
A: pehal ko dapat ayam lg besar dr aku?? ni mne adil..ko dah r dtg lambat pastu dapat ayam bahagian yg lg bagus..
B: dah rezki aku..yg ko nak bising pehal..klu ko nk sgt amek lah..ingat aku nk sangat ayam ni..
okies!! sy kira ketiga-tiga situasi ini merupakan situasi yg klise dan sering kali berlaku disekeliling kita tetapi dalam bentuk yg berbeza..dan saya kira, ketiga-tiga situasi yg direka di atas tidak akan pernah menyelesaikan masalah yg ada malahan hanya sekadar memburukkan keadaan..maka terjadilah tidak bertegur sapa selama berhari-hari..bercakap belakang dan berkata-kata buruk tentang kawan tersebut dan macam-macam lagi..andai kita pernah berada disituasi tersebut, atau bakal atau sedang apakah kita pernah bertanya dimanakah kita???
apakah kita sedia utk meminta maaf dan menerima maaf?? secara mudahnya, konsep maaf-bermaaf wujud lebih kepada hubungan sesama manusia.and i think in every apology there is a sign of a new beginning not an ending of one.and i believe, apology is the best way to sustain a good relationship..cuba kita berfikir sejenak, sememangnya manusia diciptakan dengan perasaan dan ciri-ciri pemarah, ego, sombong, angkuh tetapi apakah kita cuba untuk menafikan kenyataan manusia juga diciptakan dan dilengkapi dengan sifat-sifat pemaaf, rendah diri, baik hati???
kerana saya kira asas dalam kita berukhwah secara mudahnya kita terikat dengan ikatan yang paling kuat iaitu ikatan akidah dan iman terutamanya bagi kita sesama muslim..ikatan akidah dan iman ini merupakan ikatan yang paling kuat dalam any relationship kerana ikatan ini berkait terus dengan niat kita kerana Allah taala..sekiranya kita cuba untuk mencari perkaitan antara ukhwah dan iman, di sebabkan kita diikat dengan ikatan akidah dan iman, kita boleh cuba utk mereflek tahap iman kita dimana?? teorinya, sekiranya buruk ikatan ukhwah kita, secara mudahnya rendahlah tahap iman kita, sekiranya baik ukhwah kita maka mantaplah iman kita..utk itu, kita perlu sentiasa cuba mencari jalan utk menjaga ukhwah yg terbina agar ukhwah tersebut berada pada satu tahap yg baik..bukan sekadar melepaskan batuk ditangga..
yeah!! mungkin kita mudah utk menilai setiap tindakan rakan kita, itu betul lah, itu salah lah, itu fake lah, itu plastic lah. itu berlakon lah..tp bukan menjadi hak kita utk menghukum mereka dengan berkata sedemikian, sewajarnya kita cuba untuk melihatnya melalui satu sesi yg lebih positif, melihat dari segi niat dan tindakan baiknya tersebut...kadang2 tterlintas difikiran.
A: ala B tu fake gile..tetiba jah nak baik ngn aku..mesti ada sumting..
persoalan pucuk, apakah kita sudah memberikan ruang kepada hati dan akal kita to evaluate dr sisi yg positif?? tepuk dada tanya diri sndiri =)
dalam setiap permasalahan pasti akan ada jalan keluarnya, sekiranya buntu cuba kembali ke pangkal, try to reflect back what is going on? maybe dari sisi kita, kita melihat setiap permasalahan berpunca dari orang lain so dengan mudahnya kita menuding jari telunjuk kita kepada orang lain..tapi apakah kita sedar jari2 lain menuding ke arah diri kita sndiri??
"ko xfaham, ko boleh lah nak cakap semua ni, cuba ko rasa apa yg aku rasa, baru ko tau "
saya kira setiap dari kita telah melalui pengalaman yg berbeza, baik gembira, sedih, duka, pahit, manis..tetapi nilai atau the core value disebalik setiap pengalaman itu masih sama: sebagai contoh:
A pernah mengalami luka akibat jatuh basikal ketika dia mula belajar menunggang basikal. dan B pernah terjatuh dari pokok ketika bermain 'hide and seek'.. dua situasi dan pengalaman berbeza, tetapi the core value masih sama iaitu merasa sakit dan keinginan utk mencuba semula..so, walaupun kita pernah diperlaku seteruk mana sekalipon, cuba kita melihat peristiwa tersebut dari sisi yg cerah, bukannya menyimpan dendam dan menutup peluang utk bermaafan..kerana sy kira everyone deserves an explaination and everyone deserves to be forgiven for any wrong-doing.
kerana sememangnya menjadi akhlak seorang muslim utk memaafkan, bersabar, berlemah-lembut dan sentiasa mendoakan kebaikan dan pengampunan utk sesama muslim secara khususnya dan seluruh umat manusia secara amnya..disebabkan itulah, islam merupakan agama yang indah, didalamnya terselit akhlak2 murni yg sewajarnya diamalkan oleh kita..
"seorang muslim adalah cerminan muslim yang lain" (riwayat at Tabarani)
hadis ini jelas menunjukkan utk melihat bagaimanakah diri kita, petanda arasnya begitu mudah, lihat lah sesama rakan muslim kita..andai baik akhlaknya, maka baiklah kita dan sebaliknya..
afterall, saya mungkin bukan orang yang layak utk bercerita tentang smua ini, tetapi saya kira tidak bersalah utk berkongsi dan menasihati sesama kita kerana islam merupakan agama nasihat..didalamnya terkandung nilai murni dan semangat berpesan-pesan agar suasana yg harmoni dapat dijana, ukhwah yg ideal dapat dijaga..akan tetapi,saya mungkin bukan seorang kawan yang baik, saya bukan seorang ikhwah yang baik, saya mungkin bukan abang atau adik yang baik,sesungguhnya saya hanya seorang insan yang masih mencari makna perjalanan hidup ini, masih banyak karat jahiliyah dan sangat memerlukan pertolongan anda smua..Semoga Allah permudah urusan kita dan harap dapat memberi erti pada diri..
sebagai motivasi =)
"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan" 42:43
wallahualam..susun formation sikit
p/s:
1. couple of weeks left before leaving to msia..hahaha..
2. it has been a good year here in sydney, mungkin next post akan membuat wrap-up setahun in Sydney
3.post kali ini tiada kaitan dengan yg hidup atau yg mati :3
4. vocab:
friend ---> friendship
ikhwah ---> ukhwahship
with love <3 <3 <3

1 comments:
<3
Post a Comment